Monday, April 6, 2009

SELEPAS TEORI RAHMAN TEORI HAMKA?

Warga siasah Malaysia mempunyai satu teori (baca: sistem meramal giliran) yang unik mengenai siapakah yang bakal menjadi Perdana Menteri di negara ini selama enam generasi mulai 1957. Sistem meramal giliran ini dikenali sebagai TEORI RAHMAN.


Teori ini bukannya teori dalam ertikata ilmiah yang sebenar-benar. Ia sekadar satu singkatan abjad kepada nama lazim Perdana Menteri Malaysia mulai dengan Tunku Abdul Rahman Putera, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan akhir sekali perkataan (N) yang baru saja dipenuhi oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam.

Saya diperkenalkan kepada teori ini oleh sekumpulan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di era Datuk Harun Idris pada tahun 1973. Bagaimanapun, tiada sesiapa mengetahui siapakah insan pertama yang mencipta teori berkenaan.

Mengikut pendukung teori ini, bakal-bakal PM Malaysia selama enam generasi mulai 1957, adalah dari kalangan mereka yang pangkal namanya terangkum dalam abjad perkataan RAHMAN.

Teori ini pernah menjadi polemik hangat di era Mahathir bila Tun Musa Hitam menjadi Timbalan Perdana Menteri. Kata pendukung teori, Musa tidak akan menjadi PM kerana abjad pangkal namanya tidak menepati huruf A selepas M yang diisi oleh Mahathir.

Bila Musa meletakkan jawatan dan Tun Abdul Ghaffar Baba mengisi kekosongannya, para pendukung teori ini mengatakan Ghaffar mungkin menjadi PM sesudah Mahathir. Bagaimanapun proses politik menggantikan Ghaffar dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Oleh kerana abdaj di pangkal nama itu adalah A, maka pendukung teori itu yakin Anwar akan menjadi PM selepas Mahathir.

Hajat Anwar tidak kesampaian. Proses politik meminggirkan beliau daripada teori RAHMAN. Tetapi, Abdullah pula yang mengisi abjad A dalam teori RAHMAN.

Abjad terakhir N dalam teori RAHMAN ini dipenuhi oleh Najib semalam. Ini bermakna tamatlah curcuit teori RAHMAN ini. Dengan itu, mungkin muncul pihak yang akan mengemukakan teori-teori lain bagi meramalkan siapakah PM Malaysia di masa akan datang? Mungkinkah muncul teori HAMKA – H=Hishamuddin. A=Ahmad Zahid Hamidi. M=Mukhiz. K=Khairy. A=?????

petikan dari blog KUDAKEPANG

Wednesday, January 14, 2009

Gaza....ramai saudaraku yg baik telah dipijak

salam blogger...buat pertama kali aku muncul di alam blogging ni.... tika dan saat ini aku terpanggil utk mengaktifkan kembali blog ku yg sudah lama ku daftarkan dan terbiar begitu sahaja.

Photobucket

aku ni jenis yg suka mengikuti isu-isu semasa dan isu politik dunia, entah kenapa naluriku selalu ingin bersuara tentang pendapat dan pandangan aku yg selalunya hanya bermain di minda ku selama ini. dari sekolah lagi aku minat benar dgn sejarah... aku minat benar dgn segala yg berlaku disekeliling ku ini...

politik... permasalahan dunia...dan berbagai lagi yg pada pandangan orang lain.. tidak penting mana pun, tapi pada pandangan aku...aku rasakan sesuatu yg aku ambil tahu itu terlalu penting, sedangkan kadang-kadang permasalahan itu adalah permasalahn dunia...

buat masa skrg ni , kalau ku kategorikan isu tempatan...PRK kuala terengganu, yg boleh dikatakan kampung halaman ku. dan kalau isu dunia yg amat aku ambil berat dan akan ku teliti secara terperinci adalah isu Gaza, Palestin..

Photobucket

Saturday, August 9, 2008

eina..ko tlg update yer

kasi cantek skit